Sabtu, April 10, 2010
pada
7:24:00 PG
Diterbitkan oleh
Ahmad Zulfadhli Zulkefli
KRITERIA CALON PASANGAN
Daripada Abu Hurairah R.A., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Dinikahi wanita itu kerana
empat perkara; iaitu kerana
hartanya,
keturunannya,
kecantikannya dan kerana
agamanya. Maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia akan pasti menyenangkan kamu." - Hadis Riwayat Muslim
Jumpa lagi di entri yang akan datang...

Baca selanjutnya...
Ahad, April 04, 2010
pada
10:50:00 PG
Diterbitkan oleh
Ahmad Zulfadhli Zulkefli
TIP MENEPIS CINTA REMAJA
- 1. Tegas dengan prinsip diri
- 2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
- 3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
- 4. Mengekang hawa nafsu
- 5. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah
- 6. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan
Jumpa lagi di entri yang akan datang...

Baca selanjutnya...
Ahad, Mac 28, 2010
pada
10:51:00 PG
Diterbitkan oleh
Ahmad Zulfadhli Zulkefli
BAHANA CINTA SEBELUM KAHWIN- 1. Diri umpama lembu yang ditarik hidungnya oleh nafsu syahwat
- 2. Menyibukkan diri mengingati insan yang haram bagi diri seperti membuka laluan untuk syaitan memasukkan jarumnya bagi melupakan diri daripada mengingatiNya
- 3. Hati akan terseksa dengan penyakit rindu yang mencengkam
- 4. Rindu buta akan merantai akal fikiran sehingga ia tertawan dan terkeji di bawah naungan syaitan
- 5. Cinta yang lalai akan mengakibatkan diri menjadi leka daripada memperlengkapkan diri untuk memenuhi keperluan di dunia dan di akhirat
- 6. Fikiran boleh menjadi tidak rasional sekiranya diri sedang asyik mabuk bercinta
- 7. Fitnah cinta umpama racun berbisa yang akan menghapuskan akal, jiwa dan perasaan
- 8. Jiwa akan tergugat dalam membuat peniaian terhadap perkara yang baik dan perkara yang buruk untuk diri
- 9. Menuju ke alam rumah tangga yang terbina di atas dasar maksiat di mana ia akan mengundang masalah kepada peribadi zuriat yang akan dilahirkan
Jumpa lagi di entri yang akan datang...

Baca selanjutnya...
Ahad, Mac 21, 2010
pada
12:45:00 PTG
Diterbitkan oleh
Ahmad Zulfadhli Zulkefli
"Tiada panduan untuk terus teguh berdiri, menolak rayuan cinta lelaki, selain pada sebuah prinsip yang mengikat diri"
Cinta Hanya Untuk Suami & Isteri. Tidak Boleh Kepada Lelaki & Perempuan AjnabiCinta yang hadir di dalam setiap lubuk hati manusia baik lelaki mahupun perempuan merupakan suatu fitrah. Tetapi, apabila ia diikuti dengan tingkah laku yang tidak diberkati oleh Allah S.W.T., maka ia akan berubah menjadi fitnah. Allah S.W.T. menjadikani fitrah ini dengan mensyariatkan pernikahan. Oleh itu, untuk apa kita menikmati percintaan sebelum pernikahan? Takut-takut percintaan itu menjadi tawar dan hambar selepas perkahwinan. Apabila hilangnya keberkatan, maka hilanglah juga kemanisan dalam sesebuah perkahwinan itu.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sesiapa yang jatuh hati. lalu dia menyorokkannya hingga saat kematian datang mengambil nyawanya, maka dia merupakan seorang yang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami dan lain-lain)
Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa yang jatuh hati, lalu dia melindungi kesucian dirinya dan bersabar hingga dia meninggal dunia, maka dia merupakan seorang yang syahid."
Selagi belum bersedia untuk menjadi suami ataupun isteri, janganlah sesekali diserahkan hati ini kepada mana-mana lelaki atau perempuan yang ajnabi.
Saranan doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.:
Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan kami daripada keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Furqan: 25-74)
Jumpa lagi di entri yang akan datang...

Baca selanjutnya...
Ahad, Mac 07, 2010
pada
12:40:00 PG
Diterbitkan oleh
Ahmad Zulfadhli Zulkefli
"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." - Imam An-Nawawi
Cinta dan kasih sayang Rasulullah S.A.W terhadap para isternya sangat hebat. Walaupun baginda paling mencintai Aisyah R.A., tetapi baginda juga amat dicintai dan disayangi oleh semua isterinya yang lain kerana baginda merupakan seorang suami yang baik dan adil dengan memberikan hak yang sama rata kepada setiap isterinya.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya." (Riwayat At-Tirmizi)
Setiap suami haruslah meneladani dan mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W dalam melayani isteri dengan baik dan adil. Aisyah R.A. menceritakan kebaikan suaminya untuk menyatakan penghargaannya terhadap suaminya itu. Semoga kisah percintaan Rasulullah S.A.W. ini dapat menjadi ikutan yang baik kepada semua pelayar bahtera rumah tangga. Namun begitu, sekuat mana pun cinta terhadap pasangan hidup tidak boleh mengatasi cinta terhadap Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. berpesan:
"Cintailaah orang yang kamu cintai dengan sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan mennjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai." (Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Rasululullah S.A.W. bersabda lagi:
"Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya dan seluruh manusia." (Riwayat An-Nasa'i)
Nabi Muhammad S.A.W. menjadi contoh suami dan pemimpin yang terbaik dalam sesebuah rumah tangga. Baginda amat mencintai dan menyayangi semua isterinya dan keperibadian mulia baginda sering menghiburkan isteri-isterinya itu. Antara ajaran baginda adalah dengan membangunkan sebuah keluarga yang bahagia. Dengan mengamalkan segala ajaran baginda S.A.W., ia manjadi tanda cinta manusia terhadap baginda.
Oleh itu, setiap pasangan suami dan isteri haruslah berusaha dengan sedaya upaya membahagiakan pasangan masing-masing selari dengan syariat Islam dan mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. Dengan cara ini, manusia akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T., insyaAllah.
Jumpa lagi di entri yang akan datang...

Baca selanjutnya...